Padang Arafah adalah tempat pertama Allah SWT. menerima taubat hamba-Nya. Di Jabal Rahmah, Adam dan Hawa bertemu setelah dikeluarkan dari syurga kerana kesilapan melanggar perintah Allah. Bertahun-tahun memohon taubat disini dan akhirnya taubat kedua-duanya diterima. Disini, hasrat dan matlamat kita sama saperti Adam dan Hawa. Mohon ampun dan berharap mendapat Haji Mabrur. Lakukanlah amalan dengan penuh merasakan kekerdilan diri kepada-Nya. Semoga Allah SWT. menerimanya. Amin.
No comments:
Post a Comment